يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

“ Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada Allah kamu menyembah”. (QS. 2:172)

Thursday, December 3, 2009

Diet Untuk Pesakit Gout


Makanan mengandungi purin dan metabolismanya akan menghasilkan asid uric dalam darah. Jika terdapat gangguan ke atas proses metabolism purin, pengumpulan asid uric yang tinggi dalam air kencing akan mengakibatkan batu karang. Asid urik akan berkumpul di sendi-sendi dan menyebabkan penyakit gout. Aras asid uric yang normal di dalam darah kita adalah kurang daripada (340umol/L)

Pemakanan yang asid uric yang berlebihan akan menyebabkan penyakit gout atau penyakit 'hyperuricaemia'

Jenis Diet yang diperlukan:

· Makanan yang mempunyai kandungan purin yang tinggi perlu dielakkan

· Kuantiti dan kekerapan makanan yang tinggi nilai purin dimakan setiap kali akan menentukan jumlah kuantiti purin yang diambil


Jenis Makanan yang mempunyai kadar purin yang tinggi:

1) Protein - Hati, jantung, hempedal, otak, daging, ikan bilis, ikan sardin, ketam

2) Kekacang - Kacang soya, kacang dhal, tempeh, tauhu

3) Bijirin - Oat, bijirin sarapan pagi, roti

4) Sayur-sayuran - Bunga kobis, bayam, cendawan, asparagus, ovacado

Selain mengawal makanan yang mengandungi purin yang tinggi, pesakit juga perlu mengawal berat badan, minum air yang banyak, sekurang-kurang 8 gelas sehari untuk mengkumuhkan asid urik dan elakkan daripada mengambil alkohol. Ini kerana alkohol boleh meningkatkan asid urik dalam badan.

No comments:

Post a Comment